Advertisement
                                       
  :: Thursday, 09 September 2010
   
Mutiara Iman
"...Katakanlah: Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,..." (Al An'aam: 162)
 
Career In Takaful
 

"Orang yang berjaya biasanya akan melakukan pekerjaan yang tidak disukai oleh orang yang tidak berjaya."

 
Renew Car Insurance

Here at Takaful2u, you can renew car insurance with just a few simple steps.

 
Poll
Menyertai Pelan Perlindungan Kewangan Takaful merupakan satu keperluan asas bagi setiap individu.
 
Survey

Bagi setiap 300 pengunjung Laman Survey ini, pihak pentadbir website Insya Allah akan mengisytiharkan seorang Responden Bertuah yang akan menerima hadiah misteri bernilai di antara RM50 hingga RM200.

Takaful Forum
User Login
Username  
Password  

Lost Password?
No account yet? Register
Ceburilah Kerjaya sebagai Usahawan Takaful Ikhlas sekarang..Insya Allah Jutawan Mukmin milik anda !!!!                      Insya Allah anda mampu merealisasikan impian hidup anda dunia-akhirat ... Jika anda seorang Usahawan Takaful Ikhlas!!!                      Bosan dengan kerja sekarang! Tiada peluang kenaikan pangkat! Pendapatan yang amat terhad! Tiada masa terluang untuk bersama keluarga! Dan bermacam-macam masalah lagi! Insya Allah semua masalah tersebut akan selesai ... Jika anda seorang Usahawan Takaful Ikhlas!!!                      "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."(Ar-Ra'ad: 11)                      "..Kami jadikan siang hari untuk mencari kehidupan .."(An-Naba': 11)
 
Laman Utama Takaful2u- Agency Takaful Ikhlas Print E-mail

 ImageImageImage

 

Perlukah kita menyertai perlindungan kewangan Takaful?


Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku keatas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka di masa-masa akan datang. Selagi umat manusia terdedah terhadap ketidakpastian dan risiko selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu sebelum seseorang itu terus bertawakkal kepada Allah s.w.t. semata-mata.

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidakpastian atau ujian-ujian dari Allah s.w.t. itu, contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. Ini merupakan satu pandangan yang dangkal dari orang-orang yang jahil tentang agama Islam. Dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata adalah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badui yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud: "Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t." (Riwayat: At-Turmuzi) 

Sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.”
(Riwayat: Bukhari dan Muslim) 

Image

KONSEP TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Peserta-peserta yang bernasib baik akan membantu peserta-peserta yang ditimpa musibah atau ujian dari Allah s.w.t.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w yang antaranya:

1.     Dalil kerjasama
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain”. (Riwayat : Ahmad dan Abu Daud)

2.     Dalil tanggungjawab
“Tidaklah kamu tergolong sebagai umatku selagi kamu tidak menyayangi sesama kamu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3.     Dalil saling melindungi
“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.” (Riwayat Ahmad)

KONTRAK TAKAFUL

Kontrak Takaful adalah terhindar atau bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Takaful Ikhlas menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:

1    Kontrak Tabbaru’: dimana peserta bersetuju mendermakan sebahagian daripada sumbangan / simpanan mengikut peratusan     yang telah ditentukan kepada satu dana yang dikhaskan untuk membantu peserta-peserta lain yang ditimpa kesusahan/     musibah.

2    Kontrak Al-Wakalah: dimana peserta membenarkan Takaful Ikhlas untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau.

Model Takaful Ikhlas membolehkan penggunaan pihak ketiga sebagai pengantara untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan, membuat pembayaran lebihan dan keuntungan kepada peserta, jika ada dan membuat pengiraan keuntungan bersama secara bulanan.

 
 

Latest Promotion
 

Perkenalkan 1 kenalan kepada kami untuk menjadi Agent atau Unit Manager di Takaful Ikhlas, anda layak terima sumbangan ikhlas bernilai RM300 - RM600 Tunai !!!

 
   
 
Latest News
Popular News
Others
Who's Online
We have 22 guests online
Visitors: 469217
Search
 
 
 
   
Visual News
   
 
 
 

 
 
 
   
Other News
   
 
 
 
 
 
 
   
Bulletin News

KUALA LUMPUR 19 Julai – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi Anugerah Produk Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2010 yang diadakan sempena Persidangan Takaful Antarabangsa Keempat 2010 di Jumeirah Carlton Tower, London.

Read more...
 

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. memenangi anugerah “Penyedia Takaful Terbaik” dalam Anugerah Kewangan Islam 2010 anjuran majalah Euromoney.

Read more...
 

KUALA LUMPUR, Jan 13 (Bernama) -- Takaful IKHLAS Sdn Bhd, provider of products and services in Shariah-based financial protection, has won two awards from the Brandlaureate SMEs Chapter Awards 2009.

Read more...
 
   
 
 
 

 
 
 
   
Participants/Clients Claim News
   
 
 
 
 

 
 
 
  Copyright © 2006 Sejahtera Risk Consultancy. All rights reserved.