|
Pembukaan Cawangan Pantai Timur |
|
|
|
TAHNIAH!
Pada tanggal 30 Jun 2006 yang lepas, Takaful IKHLAS telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan rasmi IIKHLAS Pejabat Wilayah Timur di Kota Bharu.
Majlis perasmian telah diadakan di Hotel Renaissance di Kota Bharu dan dihadiri oleh lebih 200 orang tetamu yang terdiri oleh rakan perniagaan korporat, ejen-ejen dan tetamu-tetamu kehormat. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tn Hj. Mohammad bin Abdullah, Pengerusi Takaful IKHLAS serta dihadiri oleh ahli-ahli pengarah yang lain termasuk Ybhg. Dato’ Othman bin Hashim, Encik Mustaffa bin Ahmad ,Encik Anuar bin Mohd. Hassan dan Pengarah Urusan Takaful IKHLAS, Tuan Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman.
Dengan adanya cawangan di Pantai Timur ini, diharapkan perniagaan Takaful IKHLAS akan terus cemerlang dan Insya-Allah Takaful IKHLAS akan terus berkembang dengan adanya perancangan untuk menambahkan cawangan di Sabah, Sarawak dan Putrajaya.
|