Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kategori : Ekonomi Tajuk : Insurans Keputusan 1 Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus. Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970.
Keputusan 2 Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu; a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) b. Mengandungi unsur judi. c. Mengandungi muamalah riba.
Oleh : Persidangan ke 16 Tarikh Keputusan : 15 Feb 1979 Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979.
Sumber : JAKIM
|