|
Profil Korporat Takaful Ikhlas |
|
|
|
PENGENALAN
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) telah dilesenkan untuk mengendali perniagaan takaful am dan keluarga pada 21 April 2003 dan telah memulakan operasi pada 2 Julai 2003. Takaful Ikhlas merupakan pengendali takaful yang ke- 3 di Malaysia selepas Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Takaful Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn Bhd). Syarikat induk Takaful Ikhlas ialah MNRB Holdings Berhad yang diperbadankan pada tahun 1972 dan kini merupakan salah sebuah syarikat re-insurans utama serta tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad. Pemegang saham utama MNRB Holdings Berhad adalah Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Raya Nominees. Setakat ini, lebih 1,000,000 individu dan badan koporat telah menaruh kepercayaan kepada Takaful Ikhlas dengan menyertainya sebagai peserta (policyholders).
Takaful Ikhlas telah meningkatkan modal saham berbayarnya kepada RM195 juta. Ini akan mengesyorkan keupayaannya untuk memenuhi janji-janjinya kepada para peserta dan memberikan jaminan kebolehpercayaan kepada rakan kongsi perniagaan kami.
AHLI LEMBAGA PENGARAH
En. Sharkawi bin Alis Pengerusi
Y.Bhg. Dato' Haji Othman bin Hashim
Tn. Haji Yusoff bin Yaacob
Tn. Haji Halim bin Hj. Din En. Paisol bin Ahmad En. Yahaya bin Besah Dr. Syed Musa bin Syed Jaafar Alhabshi
Dato' Hj. Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif
AHLI MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH
Y.Bhg. Dato' Mohd Mokhtar bin Shafii Ahli Majlis Fatwa Selangor/Bekas Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
Tn. Hj. Nik Moustpha bin Hj. Nik Hassan Timbalan Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia
Prof. Madya Dr. Mohd Ma'sum bin Billah Pensyarah, Fakulti Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa
Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat bin Buang Pensyarah, Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya
|