Advertisement
                                       
  :: Thursday, 09 September 2010
   
Mutiara Iman
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya." (Ar-Ra'ad: 11)
 
Career In Takaful
 

"Orang yang berjaya biasanya akan melakukan pekerjaan yang tidak disukai oleh orang yang tidak berjaya."

 
Renew Car Insurance

Here at Takaful2u, you can renew car insurance with just a few simple steps.

 
Poll
Menyertai Pelan Perlindungan Kewangan Takaful merupakan satu keperluan asas bagi setiap individu.
 
Survey

Bagi setiap 300 pengunjung Laman Survey ini, pihak pentadbir website Insya Allah akan mengisytiharkan seorang Responden Bertuah yang akan menerima hadiah misteri bernilai di antara RM50 hingga RM200.

Takaful Forum
User Login
Username  
Password  

Lost Password?
No account yet? Register
Ceburilah Kerjaya sebagai Usahawan Takaful Ikhlas sekarang..Insya Allah Jutawan Mukmin milik anda !!!!                      Insya Allah anda mampu merealisasikan impian hidup anda dunia-akhirat ... Jika anda seorang Usahawan Takaful Ikhlas!!!                      Bosan dengan kerja sekarang! Tiada peluang kenaikan pangkat! Pendapatan yang amat terhad! Tiada masa terluang untuk bersama keluarga! Dan bermacam-macam masalah lagi! Insya Allah semua masalah tersebut akan selesai ... Jika anda seorang Usahawan Takaful Ikhlas!!!                      "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."(Ar-Ra'ad: 11)                      "..Kami jadikan siang hari untuk mencari kehidupan .."(An-Naba': 11)
 
Takaful Ikhlas Menang Kategori Produk Takaful Paling Inovatif Print E-mail
Written by Bernama, 25/11/2008   

ImagePETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Syarikat pengendali perlindungan berasaskan syariah, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) telah dipilih sebagai penerima Anugerah bagi Kategori Produk Takaful Paling Inovatif sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 kelima (KLIFF 2008) pada 18 November yang lalu.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Syed Moheeb Syed Kamarulzaman ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah tersebut oleh Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata penganugerahan yang kali pertama diterima oleh Takaful IKHLAS sejak KLIFF diadakan lima tahun lepas itu merupakan satu penghormatan buat syarikat itu.

"Meskipun Takaful IKHLAS baru sahaja lima tahun berada dalam industri Takaful, namun pengiktirafan yang diberikan kepada salah satu daripada 78 produk kami ini merupakan penghormatan yang tidak ternilai harganya."

"Ini membuktikan walaupun kami masih hijau di dalam industri ini tetapi produk kami setanding dengan produk syarikat besar yang telah lama bergiat aktif bukan sahaja di dalam industri takaful tetapi juga insurans," katanya.

Syed Moheeb berkata antara ciri-ciri istimewa produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT) selain 30 faedah perlindungan yang bakal diterima penerimanya, skim yang merupakan pelan rawatan hospital dan pembedahan itu merupakan pelan perlindungan takaful yang menawarkan sumbangan terendah berbanding produk lain yang ada dalam industri insurans dan takaful.

"Takaful IKHLAS menawarkan lima pelan bagi skim ini iaitu Pelan A, Pelan B, Pelan C, Pelan D dan Pelan E. Bagaimanapun peserta tidak perlu bimbang untuk memilih mana-mana pelan kerana kesemua pelan menawarkan faedah yang sama," katanya.

Produk IMAT ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 20 April lalu.

-- BERNAMA

 
< Prev   Next >
 

Latest Promotion
 

Perkenalkan 1 kenalan kepada kami untuk menjadi Agent atau Unit Manager di Takaful Ikhlas, anda layak terima sumbangan ikhlas bernilai RM300 - RM600 Tunai !!!

 
   
 
Latest News
Popular News
Others
Who's Online
We have 10 guests online
Visitors: 469216
Search
 
 
 
   
Visual News
   
 
 
 

 
 
 
   
Other News
   
 
 
 
 
 
 
   
Bulletin News

KUALA LUMPUR 19 Julai – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi Anugerah Produk Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2010 yang diadakan sempena Persidangan Takaful Antarabangsa Keempat 2010 di Jumeirah Carlton Tower, London.

Read more...
 

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. memenangi anugerah “Penyedia Takaful Terbaik” dalam Anugerah Kewangan Islam 2010 anjuran majalah Euromoney.

Read more...
 

KUALA LUMPUR, Jan 13 (Bernama) -- Takaful IKHLAS Sdn Bhd, provider of products and services in Shariah-based financial protection, has won two awards from the Brandlaureate SMEs Chapter Awards 2009.

Read more...
 
   
 
 
 

 
 
 
   
Participants/Clients Claim News
   
 
 
 
 

 
 
 
  Copyright © 2006 Sejahtera Risk Consultancy. All rights reserved.