Advertisement
                                       
  :: Thursday, 09 September 2010
   
Mutiara Iman
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al Maidah: 2)
 
Career In Takaful
 

"Orang yang berjaya biasanya akan melakukan pekerjaan yang tidak disukai oleh orang yang tidak berjaya."

 
Renew Car Insurance

Here at Takaful2u, you can renew car insurance with just a few simple steps.

 
Poll
Menyertai Pelan Perlindungan Kewangan Takaful merupakan satu keperluan asas bagi setiap individu.
 
Survey

Bagi setiap 300 pengunjung Laman Survey ini, pihak pentadbir website Insya Allah akan mengisytiharkan seorang Responden Bertuah yang akan menerima hadiah misteri bernilai di antara RM50 hingga RM200.

Takaful Forum
User Login
Username  
Password  

Lost Password?
No account yet? Register
Ceburilah Kerjaya sebagai Usahawan Takaful Ikhlas sekarang..Insya Allah Jutawan Mukmin milik anda !!!!                      Insya Allah anda mampu merealisasikan impian hidup anda dunia-akhirat ... Jika anda seorang Usahawan Takaful Ikhlas!!!                      Bosan dengan kerja sekarang! Tiada peluang kenaikan pangkat! Pendapatan yang amat terhad! Tiada masa terluang untuk bersama keluarga! Dan bermacam-macam masalah lagi! Insya Allah semua masalah tersebut akan selesai ... Jika anda seorang Usahawan Takaful Ikhlas!!!                      "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."(Ar-Ra'ad: 11)                      "..Kami jadikan siang hari untuk mencari kehidupan .."(An-Naba': 11)
 
Takaful Ikhlas Sedia Tembusi Pasaran Timur Tengah Tahun Depan Print E-mail
Written by Bernama, 23/11/2008   

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Syarikat insurans berasaskan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn Bhd, bersedia untuk mengembangkan sayapnya ke pasaran Timur Tengah terutamanya Negara-negara Kerjasama Teluk (GCC) tahun depan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Dengan kelembapan ekonomi global, beliau berkata persaingan di kalangan lapan syarikat takaful di Malaysia menjadi semakin sengit.

"Tetapi kami mempunyai pasaran khusus kami sendiri dan pasaran khusus kami ini pada dasarnya seperti insurans hayat keluarga untuk individu dan kumpulan.

"Kami amat menyedari bahawa kedua-dua pasaran ini mungkin rentan kepada kelembapan ekonomi. Oleh itu kami mengadakan beberapa langkah termasuk memastikan kami dpaat mengekalkan kesetiaaan pelanggan," katanya kepada Bernama selepas majlis makan malam Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur dan majlis anugerah Kewangan Kewangan Islam baru-baru ini.

Beliau berkata sasaran Takaful Ikhlas ialah untuk melakukan sesuatu pada 2009.

"Sebagaimana yang diketahui, syarikat induk kami, MNRB Holdings Bhd telah mempunyai 10 peratus kepentingan dalam syarikat takaful UK.

"Oleh itu kami merancang untuk melakukan sesuatu di negara lain tahun depan. Jadi kami meninjau tempat lain, di Negara-negara Kerjasama Teluk (GCC)," katanya.

Syed Moheeb berkata syarikat menyedari tentang situasi ekonomi sekarang yang "bukan mengalami kemelesetan tetapi hanya kelembapan".

"Kelembapan bermakna memberi peluang kepada kami untuk mengukuh dan kami akan melakukan dua perkara."

Pertamanya, beliau berkata syarikat itu meneliti kepada apa sahaja kelemahan dalaman dan berusaha untuk menambah baik dan keduanya, "memandangkan ia kelembapan, kami perlu lebih kreatif dalam mencari cara baru dalam perniagaan".

Pada majlis makan malam itu, Takaful Ikhlas diberikan anugerah "Produk Takaful Paling Inovatif" melalui produknya Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT).

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang merupakan tetamu kehormat.

Mengulas mengenai anugerah itu, Syed Moheeb berkata: "Kami amat gembira menerima anugerah produk takaful paling inovatif terutamanya bagi produk yang kami amat yakin dengan kejayaannya dan produk yang memenuhi keperluan pasaran.

Beliau berkata Ikhlas Medic Assist Takaful menawarkan lima pelan komprehensif rawatan hospital dan meliputi pembedahan pada kos yang mampu disertai.

"Produk berkenaan yang mempunyai nilai sosial, unik kerana pada harga yang kompetitif," katanya.

Menyentuh mengenai prestasi syarikat, beliau berkata tahun kewangan Takaful Ikhlas berakhir pada 31 Mac, 2009.

"Pada mulanya kami menyasarkan RM500 juta untuk perolehan caruman bagi tempoh itu, yang merupakan satu peningkatan berbanding RM428 juta pada tahun kewangan lepas. Bagaimanapun, kami menjangka menjelang 31 Mac 2009 kami akan dapat mencapai RM600 juta," katanya.

Syed Moheeb berkata Takaful Ikhlas yang portfolionya terdiri daripada pelan komprehensif Takaful am, keluarga dan kumpulan, bakal melancarkan satu lagi produk baru sebelum 31 Mac yang berkait dengan pelan keluarga.

-- BERNAMA

 
< Prev   Next >
 

Latest Promotion
 

Perkenalkan 1 kenalan kepada kami untuk menjadi Agent atau Unit Manager di Takaful Ikhlas, anda layak terima sumbangan ikhlas bernilai RM300 - RM600 Tunai !!!

 
   
 
Latest News
Popular News
Others
Who's Online
We have 5 guests online
Visitors: 469465
Search
 
 
 
   
Visual News
   
 
 
 

 
 
 
   
Other News
   
 
 
 
 
 
 
   
Bulletin News

KUALA LUMPUR 19 Julai – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi Anugerah Produk Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2010 yang diadakan sempena Persidangan Takaful Antarabangsa Keempat 2010 di Jumeirah Carlton Tower, London.

Read more...
 

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. memenangi anugerah “Penyedia Takaful Terbaik” dalam Anugerah Kewangan Islam 2010 anjuran majalah Euromoney.

Read more...
 

KUALA LUMPUR, Jan 13 (Bernama) -- Takaful IKHLAS Sdn Bhd, provider of products and services in Shariah-based financial protection, has won two awards from the Brandlaureate SMEs Chapter Awards 2009.

Read more...
 
   
 
 
 

 
 
 
   
Participants/Clients Claim News
   
 
 
 
 

 
 
 
  Copyright © 2006 Sejahtera Risk Consultancy. All rights reserved.